Last modified on 16 January 2010, at 02:20

Polisi capaian data bukan umum

Warning : This page is a translation of a Wikimedia Foundation policy. The translation is for informational purposes only, and is not a substitute for the official policy. The original version of the policy, found here, is the only definitive and official version.


Matlamat polisi ini adalah bagi memastikan sukarelawan yang memiliki capaian kepada data peribadi yang dirangkum di bawah polisi peribadi Wikimedia Foundation, adalah bertanggungjawab secara peribadi dan dari segi perundangan.

1. Hanya orang yang identitinya diketahui oleh Wikimedia Foundation akan dibenarkan bagi mendapat capaian kepada data peribadi atau maklumat bukan umum lain yang dihasilkan, dikumpul, atau lain-lain yang dipegang oleh Wikimedia Foundation, di mana data tersebut atau sebarang maklumat lain dihadkan dari didedah kepada umum melalui Wikimedia Privacy Policy.

2. Semua sukarelawan yang dipilih melalui sebarang proses masyarakat untuk diberikan hak capaian kepada data terhad tidak akan diberikan capaian tersebut sehingga sukarelawan tersebut telah mendedahkan dirinya kepada Foundation dengan sempurna, yang mungkin termasuk bukti bahawa pengguna sedemikian sekurang-kurangnya berusia 18 tahun dan adalah jelas melepasi usia di mana mereka mampu bertindak tanpa kebenaran ibubapa dalam sistem perundangan di tempat mereka menetap.

3. Semua sukarelawan yang memegang hak capaian sebegitu pada masa penerimaan resolusi ini wajib mendedahkan diri mereka kepada Foundation dengan sempurna dalam tempoh 60 hari dari penerimaan pakai resolusi ini, atau kesemua hak dan capaian sebegitu dibatalkan. Sukarelawan yang berada dalam kedudukan baik tetapi capaian dibatalkan kerana kegagalan mendedahkan identiti mungkin dipulihkan hak capaian tersebut selepas memberikan pengenalan, berdasarkan keputusan Foundation.

4. Kedudukan sukarelawan termaktub dalam resolusi ini termasuk, tanpa had, semua steward, semua pemegang "checkuser" dan hak "oversight", dan semua programer (developers) dengan capaian kepada sebarang rekod eletronik yang mengandungi maklumat bukan umum (seperti alamat IP pembaca atau penyumbang).

5. Polisi capaian bagi aturan mel eletronik OTRS atau sebarang sistem komunikasi lain bagi Wikimedia Foundation ditakrifkan oleh kaki-tangan pejabat WMF menurut tujuan polisi ini.

6. Capaian kepada versi dipadamkan bagi projek boleh disunting umum, seperti yang dipegang oleh pentakbir, tidak mencukupi bagi memerlukan pendedahan identiti di bawah polisi ini.

7. Maklumat identiti yang didedahkan kepada Foundation oleh sukarelawan bagi mematuhi polisi ini akan dianggap sebagai sulit, maklumat peribadi dan tidak akan dibebaskan kecuali menurut Polisi Privasi Wikimedia.

8. Pengecualian kepada polisi ini mungkin hanya melalui resolusi Badan Amanah (Board of Trustees).


Polisi terakhir dikemas kini: 2 Jun 2007